Thousands Steps


Biar Cantik Di Sisi Allah Bukan Di Depan Manusia
Friday 7 June 2013 . 0 word(s) .
     Large
   
   Assalamualaikum Warahmatullah :) , Kabare / Apa Khabar semua , harap kalian kesemuanya sihat-sihat belaka  ^^, . Agak lama ya loss contact dengan Tuan Tanah , hehe  honestly saya memang tak sempat nak bercerita sebelum ni disebabkan lambakan kerja masa stadi , then sekarang alhamdulillah , tamat sudah program Matrikulasi saya untuk sesi 2012/2013 , Alhamdulillah :) . Untuk tidak melengahkan masa , entri kali ini ada sedikit pandangan dan idea yang  nak saya kongsikan bersama.

  Perhati tajuk entri itu betul-betul , cuba tatap sekejap . Pernah tak kita sebelum ini menghadapi masalah kurang confident, selalu ada serba-serbi tak kena bila berhadapan dengan orang terutama lagi yang berkaitan dengan hal-hal pemakaian. Kita rasa pada diri kita dah elok pekena pakaian yang disuaikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, malangnya kawan-kawan menghentam dan beri respon yang menjatuhkan air muka kita adakalanya. Ada lagi , seperti semasa kita melakukan aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat , ada sahaja suara-suara sumbang yang tidak pernah senang melihat kita ke arah kebaikan . Malah kita difitnah apatah lagi diumpat bahawa kita berbuat sedemikian dengan harapan hanya mengejar nama dan menagih pujian dari orang sekeliling.

  Sememangnya perit bagi kita untuk menelan situasi tersebut hanya kerana ketidakpuashatian serta hasad dengki manusia itu sendiri terhadap saudara sesama Islam. Pastinya ia turut mengaibkan imej diri kita dalam suatu komuniti lalu kita dipinggir oleh sebilangan masyarakat. Cukuplah dengan niat kita yang mulia dalam menegakkan jalan yang benar dengan memakai pakaian yang kemas serta menutup aurat dan melakukan aktiviti khidmat masyarakat dengan nawaitu hendak membantu masyarakat setempat seperti situasi yang diketengahkan tadi. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu sama ada yang tersirat sungguh pun tersurat. Sesuai dengan firmannya iaitu , berkatalah dengan benar meskipun kamu perit bagi menelannya. Kita dah buat apa yang patut dan yang sebaiknya diuruskan , endahkan segala tomahan mahupun kritikan yang menurunkan semangat kita bagi berjihad di jalan Allah . Ingatlah Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beramal soleh. Biar buruk di mata manusia , tetapi amat cantik di hadapan Yang Esa. Sampai ke hujung nyawa pun kalau nak memuaskan hati manusia tak kan pernah terlangsai kerana lumrahnya dari manusia yang Munafik. Main point kat sini , apa pun mestilah bermula daripada niat yang ikhlas kerana mencari keredaan-Nya semata-mata , InsyaAllah semuanya settle .. Wallahu A'lam :) ..

                                                                                                                                                  
                                                                                                                                        kredit : FR

Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

// Reason - Autumn in My Heart ♥