Thousands Steps


Syaaban Leaving & Ramadhan Coming
Saturday 29 June 2013 . 0 word(s) .
Ramadhan | via Facebook


  Assalamualaikum kengkawan, sahabat-II, tak lupa juga buat blogwalker-II yang setia  :). Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan Ahlaan Wasahlaan kepada bulan Ramadhan yang bakal tiba hampir sangat dah ni. Ya Allah, rasa memang tak sabar nak menunggu ketibaan bulan puasa ni  >.<, sebab terlalu banyak keistimewaan dalam bulan ni. Sementara itu, jangan lupa juga sebab sekarang ni kita masih berada dalam bulan Sya'ban yang penuh dengan keberkatan dan dalam tempoh yang ada ni sebelum bulan Ramadhan menjelma wajarlah kita bersiap-sedia dengan mengamalkan berpuasa sunat tak lupa juga bagi sesiapa yang masih belum menggantikan puasa wajib *peringatan  :). Semoga dari bulan Rejab yang lalu turut mendidik diri dari sudut fizikal, mental dan spiritual bagi menjadi tetamu Allah di Bulan Ramdhan ini.

  Masih belum lewat lagi harapnya kalau saya nak berkongsi serba sedikit fadhilat bulan Sya'ban ni. Sesungguhnya bulan-bulan islam ini kesemuanya adalah bulan yang baik-baik tetapi yang membezakannya ialah peristiwa dan sirah-sirah yang terkandung di dalamnya. Benarlah firman Allah,

 "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati" ( Surah : Taubah , ayat 9 )
Antara peristiwa-peristwa bersejarah dalam bulan Sya'ban ialah :-


1. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

  Bani Mustaliq ialah salah satu suku dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh

Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari suku 
badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau 
oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Sya'ban, 5H. Pasukan kaum 
muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

  Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemudaa Bani Mustaliq iaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah B
arrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-MustaliqAl-Harris bin Dirar
, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan perbicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

  Tetapi, Barrah waktu itu  menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu bersetuju membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah kepada Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, antaranya ialah ramai dalam kalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.



2. Penukaran Arah Kiblat

  Pada awalnya diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Maqdis. Ini  menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahwa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadah mereka iaitu menghadap Baitul Maqdis.

  Umat Islam telah ditomah dengan berbagai-bagai tomahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyeru mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehingga ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah (Ka'bah).

  Sebagian ulama sirah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah menghadap Baitullah pada 
15 Sya'ban
 semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulama mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

   Rasulullah SAW. bersabda ( Dari Kitab Durratun Nasihin ) :-


    "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Sya'ban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Sya'ban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  Sesungguhnya beruntunglah hamba-hambanya yang menghayati kelebihan-kelebihan bulan-bulan ini , lakukanlah sekarang setiap amalan itu kerana Allah amat suka kepada hambanya yang istiqamah dan tiada alasan dalam melakukan ibadah yang wajib mahupun yang sunat. Ok lah sekian sahaja dari saya, Jazakallahu Khairan ~

( Ramadhan - Maher Zain )

Kredit ; FR

Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

// Reason - Autumn in My Heart ♥