Thousands Steps


Kerja Oh Kerja
Thursday 20 June 2013 . 0 word(s) .
BORN TO DIE ✝ | via Tumblr

  Assalamualaikum dan salam sejahtera buat blogwalker-II yang tak henti mengunjungi blog saya kerana tak sabar nak menanti adegan-II yang nak saya sampaikan , muhehe (saja-saja) =B . Ok entri buat masa ni adalah mengenai kesabaran seorang graduan pra-U mengenangkan nasibnya yang tak terlayan setelah baru sahaja tamat pengajian =,=' . Sebenarnya ceritanya begini , menurut angan-II saya lepas habis belajar je nak bekerja . Memang betul saya sepenuh harapan mencari-cari , tapi kadang-kadang kita ni kene belajar menerima kenyataan betul ? Ok sambung cerita , menghitung hari ~ ala dah hari ke berapa dah ni , saya masih termenung mimpi di siang hari , padahal masa tu memang da minta pun kerja bagai tu kan , dah isi borang dah pun siap hantar lagi yakin lagi ^^, . Hatiku terasa tercabar setelah sekian lama tidak dipanggil bekerja , lalu saya pun bercadang nak pergi tempat saya minta kerja tu . Setibanya aku , hehe bangga la rasa nak masuk ke dalam kedai tu , dah smart-II ni (p0y0) , 


Saya : " Bang saya nak tanya sikit boleh , hari tu kan saya ada datang sini , saya minta kerja sebenarnya kat sini ."  ( padahal hari tu datang bukan abang ni yang tercegat kat kaunter ni , kakak Cun kot =,=")
Abang Ensem : " Macam ni lah Dek eh , kedai ni sebenarnya dah cukup pekerja dah pun , lagi pun kami memang tak akan ambil budak-II lepasan  SPM sebab biasanya diaorang nak sambung belajar . Sebab tu kitaorang memang memerlukan pekerja perempuan sekarang ni . " apa kene mengena dengan perempuan ni .

  Apa-apa pun terima kasih ku ucapkan kepada semua kedai yang telah aku jejaki kerana memahami aku yang sedang celaru , keliru mencari kerja even tak dapat sekalipun aku tetap bersyukur at least ada usaha juga saya di rumah , bukanlah duduk rumah tanam anggur yang belum tentu bila boleh berbuah , haha . Dah macam-macam  yang dah saya ikhtiar semata-mata mencari kerja ni , tak apa kot , mungkin  Allah mahu menduga aku kali ini , Ya Allah berikan aku kesabaran dan taufiq hidayahmu sepanjang perjalanan ini . Macam mana pun hidup ni perlu diteruskan , terus positif , negatif ? tak nak 3X muehehe , tergelak sendiri kadang-kadang tak apa . Fikir balik sebab apa lah susah sangat nak dapat kerja ni , nak kata hensem , memang dah hensem ( berangan-angan ) , stop for those things ! don't put yourself too much thinking on it ! Tarik nafas panjang-panjang , lepaskan ~ . Aku merasai ketenangan di situ , fine duduk rumah pun sebenarnya kita boleh buat benda-II yang berfaedah kan , tak apa teruskan .

  Masa kat rumah nih lah macam-macam dalam kepala , nak buat itu ah nak buat inilah , semua tu kalau kita nak buat mesti ada schedule kan , so pagi-II memang tak kan lepas tangan membersihkan rumah , berkebun sambil nak hilangkan frust menonggeng , bukak speaker kuat-II dengar lagu hambik kaw ! kejamnya diri ku ini hehe . Bak kata orang segala-galanya bermula dari rumah , dalam kepala ni ada juga terfikir nak buat bisnes , blog ni lain cerita lah, lepas tuh sekarang ni pun dah nak bulan puasa , mungkin ada kelebihan kat situ bagi saya dan my mum ! . Sometimes I feel lonely when get far from you , rindu sangat kepada rakan-rakan saya , terutama sahabat-II aku yang belajar di KMJ . Setidak-tidaknya ada kucing di rumah bak kata Aiman.Budak awesome tu , entah bila aku nak ke rumah dia muehehe . Ok sekian sahaja cerita saya , let Allah identify where we'll be placed for  , kita hanya mampu redha dan mengikhlaskannya sahaja . Hidup ni sekejap je , yang penting kita enjoy hidup bersederhana . Syukurilah semua yang masih ada di sekeliling mu ,  jangan menyesal kepada setiap apa yang menjauhimu , ada hikmahnya di situ , InsyaAllah . Wallahua'lam ~






Kredit : FR

Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

// Reason - Autumn in My Heart ♥